PROFIL SYARIKAT





Skincare That Cares For Your Skin” & Let Your Inner Beauty Shine -

"Produk penjagaan kulit yang menjaga kulit anda"& "Kesihatan Dalaman Menyerlahkan Keanggunan dan Kejelitaan"  adalah menjadi pegangan dan matlamat kami untuk memastikan ia dicapai oleh semua lapisan pengguna dan pelanggan kami.

Ladies Stuff adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk penjagaan kulit wajah serta produk kesihatan & kecantikan dalaman.Misi utama kami ialah untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi dan mampu dimiliki oleh setiap wanita pada harga yang berpatutan.

Ladies Stuff telah berjaya melahirkan siri penjagaan kulit wajah & produk kesihatan serta kecantikan dalaman 'EVERLYNN' yang telah mendapat sambutan tinggi dari wanita di seluruh negara. Produk syarikat ini telah dibuktikan secara klinikal dapat memberi perubahan positif yang ketara tanpa kesan sampingan. Satu kumpulan khas telah ditubuhkan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan produk. EVERLYNN dirumuskan khas oleh pakar-pakar penyelidik yang berpengalaman di dalam bidang kosmetik dan penjagaan kulit sejak tahun 1980 an.

Rangkaian produk adalah kaya dengan ekstrak daripada tumbuhan semula jadi, buah-buahan dan lain-lain bahan yang berkualiti tinggi, selamat dan pelbagai kombinasi digunakan bagi menepati citarasa dan keperluan ideal seorang wanita.Formula yang digunakan adalah semulajadi dan direka khas untuk masyarakat Asia.

Kami di Ladies Stuff sangat komited untuk terus berkembang maju bersama anda. Terima kasih atas sokongan anda, dan manjakanlah diri anda dengan set penjagaan wajah & produk kesihatan dan kecantikan dalaman yang cukup berkesan dan berupaya untuk mengembalikan semula kejelitaan anda. Kepuasan pengguna adalah misi utama kami .

Secara keseluruhannya, matlamat syarikat adalah untuk mengeluar dan memasarkan produk penjagaan kulit, kesihatan dan kecantikan dalaman  yang berkualiti tinggi khusus untuk masyarakat Asia khususnya. Syarikat ini juga turut menawarkan peluang perniagaan kepada individu/syarikat yang berhasrat menjadi Rakaniaga kami di seluruh Malaysia.

EVERLYNN -Pusat Jualan Produk Kecantikan
PT 1652 Tingkat 2,
Kubang Kerian Commercial Centre,
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian
Kelantan
http://www.everlynn.net/